Saturday, 1 August 2015

KONTROVERSI PATRIOT: Kenapa Tiba-Tiba @nweiaik @ngakorming & @LiewChinTong Dicabar Berforum Ni?


YPNM menjemput tiga pemimpin DAP untuk hadir sertai forum terbuka yang disiarkan langsung di Bernama TV.

YPNM melihat tindakan beberapa pemimpin DAP yang menjadikan YPNM sebagai modal politik untuk menghentam MCA merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Berikut merupakan Ahli Parlimen DAP yang dimaksudkan:

Ng Wei Aik (Tanjong)

Nga Kor Ming (Taiping)

Liew Chin Tong (Kluang)

Justeru, bagi menjelaskan semua kekeliruan yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP yang jelas hanya berkepentingan dalam politik bukan patriotik.

Oleh itu, Bernama TV bersetuju untuk memberi ruang kepada YPNM dan pihak tidak bertanggungjawab tersebut untuk bersiaran langsung melalui rancangan Bual Bicara, hari Rabu depan.

VIDEO:


Puteri Says: Jangan lupa jemput ADUN UMNO KEMPAS sekali yer

Thursday, 5 March 2015

PART II: Apa Sudah Jadi Dengan Encorp Berhad?


Saya menerima pelbagai respon susulan pendedahan mengenai situasi yang dihadapi oleh Encorp Berhad yang kini berdepan masalah kewangan kritikal disebabkan kegagalan Pengarah Operasi dan Pengarah Perkhidmatan Korporat mengurus tadbir syarikat tersebut.

Setakat ini masih tiada penafian daripada dua individu yang berkenaan. Malah, semalam pekerja di tapak projek Marina Puteri Harbour, Iskandariah Johor mendakwa Pengarah Operasi Encorp Berhad, Roslee Ismail tidak hadir untuk menyelesaikan masalah berbangkit bersama kontraktor dan pekerja di sana.

Bermakna saya menyampaikan perkara dan situasi sebenar yang perlu diketahui oleh pihak atasan pengurusan Felda supaya pelaburan Felda Investment Corporation (FIC) memberi keuntungan bukannya satu pelaburan yang sia-sia.

Malangnya, beberapa rakan di Facebook menganggap pendedahan mengenai Encorp Berhad adalah satu serangan ke atas Felda.

Kata mereka, tindakan saya telah membuka ruang kepada pembangkang menyerang Felda, mungkin bagi mereka masalah Encorp Berhad lebih elok dimainkan oleh individu seperti Mazlan Aliman.

Masalah Encorp Berhad membabitkan puluhan kakitangan pengurusan, pekerja site, kontraktor, sub kontraktor, consultant, pembeli serta penyewa premis bangunan dan kediaman milik Encorp Berhad.

Justeru, dalam bahagian kedua seperti yang dijanjikan saya akan perincikan kegagalan dua individu yang diamanahkan oleh Felda sepanjang tujuh bulan mereka masuk menerajui Encorp Berhad?


Tidak Puas Hati

Semenjak Encorp Berhad ditadbir Roslee dan Wan Azman, ramai pekerja Encorp Berhad melahirkan rasa tidak puas hati kerana pihak pentadbiran menggunakan maki hamun.

Malah pihak pentadbiran membuat pelbagai provokasi yang menjejaskan emosi pekerja bagi memastikan pekerja yang tidak disukai berhenti kerja dan digantikan dengan individu yang mereka kenali (sebut kroni) sebagai ketua jabatan.

Bagi para pekerja, mereka tiada masalah jika pihak pentadbiran Encorp Berhad mahu memecat mereka tetapi lakukan dengan cara yang betul bukan dengan penghinaan atau diberhentikan kerana bangsa.

Selain itu pihak pentadbiran sering terlewat membayar tuntutan bulanan yang dibuat pekerja. Difahamkan punca kelewatan tersebut kerana keadaan kewangan Encorp Berhad yang sangat kritikal.

Kerugian Besar, Ugutan Nyawa

Selain pekerja melahirkan rasa tidak puas hati, semenjak perubahan pentadbiran banyak projek yang dibangunkan Encorp tertangguh kerana kerja-kerja pembinaan gagal dijalankan sebab Roslee bertindak menghentikan bayaran mengejut.

Tindakan tersebut menyebabkan supervisor di tapak pembinaan terpaksa mengadap kemarahan dan ugutan membabitkan nyawa kerana para pekerja pembinaan yang terdiri daripada warga asing berang mereka tidak dibayar gaji.

Malah kakitangan Encorp sendiri turut menerima ancaman melibatkan nyawa daripada pembekal kerana syarikat gagal melunaskan bayaran memaksa ramai kakitangan berhenti kerja kerana tidak tahan serta bimbang tentang keselamatan diri.

Selain itu, kewangan Encorp Berhad dalam keadaan paling lemah membuktikan Wan Azman dan Roslee gagal mengurus tadbir dan melaksanakan tugas yang Felda amanahkan kepada mereka berdua.

Dalam keadaan Encorp yang ketandusan tanah dan projek, sehingga kini tiada satu projek berjaya dibawa masuk oleh Roslee dan Wan Azman walaupun telah tujuh bulan mereka dilantik untuk menerajui Encorp.

Kegagalan pengurusan juga disebabkan pihak pentadbiran yang ghairah mahu mengubah semua sistem dan memecat pekerja dan digantikan mereka yang tiada latar belakang dalam sektor pembinaan dan pembangunan hartanah.

Wujud Unsur Penyelewengan

Akhir sekali, Roslee dan Wan Azman perlu memberikan penjelasan kepada pekerja tentang kontrak bernilai RM114 juta.

Berdasarkan maklumat, pada tahun 2013, syarikat Setia Haruman Sdn Bhd anugerahkan kontrak bernilai RM114 juta kepada Encorp Berhad di mana selepas itu segala kerja-kerja pembinaan telah pun berjalan.

Namun, sekitar akhir tahun 2014, selepas kemasukkan Roslee dan Wan Azman secara tiba-tiba sub kontrak tersebut kepada syarikat Getinas Sdn Bhd di mana jumlah kontrak tersebut menjadi RM118 juta.

Bermakna berlaku kerugian RM4 juta yang terpaksa ditanggung oleh Encorp Berhad.

Tindakan Roslee dan Wan Daud melantik sub kontraktor yang baru secara tiba-tiba dengan kerugian RM4 juta menimbulkan persoalan.

Kenapa Roslee dan Wan Azman sub kepada kontraktor lain secara tiba-tiba dengan kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM4 jutasedangkan Encorp Berhad mempunyai pekerja yang mampu menjalankan kerja-kerja pembinaan?

Bahasa mudah faham, ada pemilik rumah mahu saya menyiapkan sebuah jamban moden berharga RM10, tapi disebabkan saya seorang pemalas.

Saya meminta seorang rakan membina jamban berkenaan dan berjanji memberikan dia upah sebanyak RM14.

Jadi, terpaksa saya guna duit sendiri RM4 kerana pemilik rumah bersetuju bayar saya RM10 saja.

Bukankah itu perkara bodoh dan tak masuk akal, kalau cerdik saya membayar rakan saya RM8 saja di mana saya ada untung atas angin RM2.

Itu cara menjalankan sesebuah perniagaan.

PART I: Apa Sudah Jadi Dengan Encorp Berhad?


Encorp Berhad syarikat pembangunan milik Datuk Effendi Norwawi yang diambil alih FELDA melalui anak syarikat Felda Invesment Corporation (FIC) sekitar Julai 2014 sedang berdepan dengan masalah dalaman yang kritikal membabitkan kerugian bernilai jutaan ringgit.

Selain itu, tindakan Felda Investment Corporation (FIC) yang menyembunyikan berita penahanan CEO mereka, Mohd Zaid Abd Jalil yang kini dalam tahanan reman SPRM membuatkan ramai pihak tertanya-tanya.

Apa yang sedang berlaku dalam FIC yang baru tujuh bulan mengambil alih Encorp Berhad?


Berdasarkan maklumat yang dihantar melalui email kepada saya, Encorp Berhad bukanlah gah seperti diwar-warkan.

Tiga projek yang diusahakan Encorp Berhad berdepan masalah disebabkan kewangan.

Encorp Cahaya Alam :

Dilaporkan lebih seminggu sampah penduduk tidak dikutip di Cahaya Alam kerana kegagalan Encorp Berhad menjelaskan bayaran kepada kontraktor.

Selain berdepan masalah sampah tidak dikutip, terdapat pekerja mogok dan enggan meneruskan kerja rekrtifikasi handover rumah sekaligus menimbulkan kemarahan kepada pembeli. Malah projek terbaru yang telah siap juga tidak dicat disebabkan tiada sumber kewangan.

Encorp Marina Puteri Harbour :

Projek kondo yang dibangunkan di Johor Iskandariah dilaporkan telah tergendala selama 200 hari menyebabkan ramai pembeli mula melahirkan hasrat untuk membatalkan pembelian.

Encorp Strand Mall :

Jumlah kerugian yang ditanggung Encorp Berhad RM1 juta sebulan, selain penyewa tidak berpuas hati kerana pihak pemaju mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah kebocoran dinding dan bumbung.

Difahamkan kelewatan berlaku kerana kontraktor enggan menjelankan kerja kerana bimbang pihak pemaju iaitu Encorp Berhad tidak menyelesaikan bayaran setelah kerja selesai dijalankan.

Selain projek berdepan masalah, para pekerja Encorp Berhad turut melahirkan rasa tidak puas hati semenjak Encorp dikuasai oleh 'regim' Roslee dan Wan Azman.

Roslee Ismail, Pengarah Operasi 

Wan Azman, Pengarah Perkhidmatan Korporat

Roslee Ismail dan Wan Azman dikatakan menjadikan Encorp Berhad seperti syarikat peninggalan nenek moyang di mana mereka bertindak memecat pekerja secara tidak adil.

Selepas ini saya akan perincikan kegagalan dua individu yang dilantik FELDA bagi menerajui Encorp Berhad dengan pendapatan RM45k sebulan.

Bersambung di bahagian kedua...

Sunday, 27 April 2014

SESAT.. BUKTI ANWAR IBRAHIM SEBARKAN HADIS PALSU!!


Berikut adalah bukti bahawa Anwar Ibrahim sebarkan hadis palsu berkaitan tunduk hormat pada mayat bukan Islam.